Remaja Ini TIDAK Pernah Keluar Dengan Lelaki. Alangkah TERKEJUT Dia Disahkan

Mau Tak Pitam!! Remaja Ini TIDAK Pernah Keluar Dengan Lelaki. Alangkah TERKEJUT Dia Disahkan Hamil 24 Minggu !!! | Sungguh misteri apabila tidak pernah melakukan hubungan sexsual, sebab tidak pernah keluar dengan mana mana lelaki tetapi mengandung. Saya pun pelik. Macamana boleh mengandung kalau tidak pernah keluar dengan sesiapa pun.

Umur 19 tahun, belajar di sebuah kolej separa kerajaan. Tidak ada boyfren, cuma pernah keluar berkumpulan menyiapkan tugasan luar di kawasan berhampiran kolej.

TIAP BULAN DATANG HAID

Tiap bulan datang haid. Hinggalah seorang kawan menegur perubahan fizikal dan melaporkan kepada emak. Emak bertanya, dia cakap tidak ada apa apa yang bersembunyi. Kakak berasa tidak senang hati, terus membawa pergi ke klinik untuk menjalani pemeriksaan. Apabila imbasan ultra bunyi dilakukan, terimbas janin berusia 24 minggu.

Gambar imbasan itu amat mengejutkan mereka. Bagaimana boleh mengandung jika tidak pernah melakukan hubungan badan dengan sesiapa pun. Berita ini telah membuatkan gadis ini bingung. Keliru, celaru dan dilanda kemurungan. Diam dan menangis tanpa suara.

Kesugulan dan kemurungan membuatkan segala galanya terganggu. Tidak mahu makan dan minum, menangis tanpa henti. Keluarga membuat keputusan menghantar ke Baitus Solehah untuk pemulihan jiwa dan iman.

MENANGIS SETIAP KALI DISOAL

Tiba di Baitus Solehah, rawatan untuk ibu mengandung diuruskan dalam masa yang sama pengisian rohani untuk membangunkan jiwa yang kosong diusahakan. Segala galanya disuap semula. Ibarat memimpin orang yang baru bangun dari koma.

Saya pun tak boleh nak soal banyak banyak jika sepatah disoal dia sudah menangis dahulu. Angguk dan banyak geleng. Walaupun sudah seminggu di sini, sudah boleh sesuaikan diri dengan keadaan dan kawan kawan tetapi bila ditanya soalan bagaimana boleh mengandung, dia akan jadi kebingungan semula. Untuk membangunkan jiwa yang kosong, kita mesti mengisi dengan iman.

Mungkin terpaksa dilupakan punca dia mengandung, sebaliknya bangunkan jiwanya untuk menyayangi janin yang tumbuh di dalam rahimnya dengan khasiat iman dan takwa. Merawat kedukaan dengan bacaan al quran. Itu saja yang boleh membantu.

ADAKAH INI SIHIR ?

Kita melihat kemaslahatan lebih utama dari mencari punca dengan terus bertanya akan mendatang kemudaratan. Biarlah menjadi misteri kepada semua orang.

Tidak ada sesiapa pun mendakwa adakah ini sihir, bunian, jin atau kejadian paranormal. Kerana kita masih yakin segala yang berlaku atas kehendak Allah, aib orang kita tutup, Allah tutup aib kita. Takde langsung dakwaan pada diri dia dan dalam keluarga apakah kejadian ini disebabkan oleh pukau, sihir atau makhluk asing. Dia memang tidak tahu dan tidak ingat apa apa. Lost…

Solat tiang agama, kita jaga solat dengan sempurna, Allah akan jaga kita dengan sebaik baiknya. Daripada sebuk nak mengetahui rahsia dan punca baik kita jaga akhlak dan iman kita agar tidak terpesong akidah disebabkan percaya perkara benda benda yang diluar ilmu dan pengetahuan kita.

Sumber Dari Pages Baitus Solehah

Leave a Reply