Musim Covid-19 Pakai Mask Takut Jankitan Tapi Tak Pakai Tudung Tak Takut Masuk Akhirat – PU Syed | Dunia oh dunia, Allah menguji hambanya dengan musim covid 19 tapi apa yang PU Syed ini cakap ada benarnya. Apa tidaknya mask sentiasa pakai bila keluar rumah takut sangat terjankit dengan covid tapi hakikatnya ramai wanita masih tidak takut akan azab Allah iaitu Neraka Jahanam.
Rancangan realiti dakwah, Pencetus Ummah sememangnya sering mencungkil bakat dan menonjolkan golongan-golongan anak muda yang berilmu pengetahuan agama yang luas. Menjadi pemangkin buat para pendakwah muda, nama Pencetus Ummah Syed atau dipanggil neti zen sebagai PU Syed menjadi salah satu nama yang dikenali menerusi pro gram ini.
PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak berasal dari Kuantan Pahang. Pemegang gelaran juara Pencetus Ummah musim 2015 ini mendalami ilmu agama di Univer siti Al Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Kepetahan dan kelantangannya dalam berdakwah membolehkannya menerima pelbagai pengiktirafan antaranya Guru Takmir daerah Ipoh.
Beliau juga diiktiraf sebagai salah seorang tenaga penga jar untuk menga jar agama di negeri Perak. Selain itu juga, PU Syed banyak menulis buku-buku agama dan ilmiah dengan nama penanya Abu Umar, antaranya ‘ Indahnya Beradab Dengan Al-Quran & Ahlil Quran.
Menerusi akaun Instagram, PU Syed telah berkongsikan tegurannya tentang sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama Islam dalam etika berpakaian. Tegurannya yang ditulis tanpa selindung menjadi perhatian ramai dan mendapat sokongan daripada netizen. Dah berbuih mulut tegur cara halus tetap tak hadam !
Penjelasan yang amat jelas dan padu dari PU Syed untuk difahami oleh semua saudara sesama Islam. Tiada niat untuk mengej1, niatnya hanya untuk sama-sama membawa semua ke jalan yang diredhai Allah. Kerana sudah menjadi tugas seorang muslim saling ingat mengingati dan menegur satu sama lain.
Sesungguhnya kewajiban menutup aurat itu hukumnya ‘ Wajib’ dan semoga teguran PU Syed ini dapat diterima oleh semua. Kami di sini mendoakan semoga PU Syed sentiasa diberi kesihatan dan umur yang panjang. Moga usaha dakwah PU Syed dirahmati dan dipermudahkan Allah. Aamin..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah, Keluarga dan Sahabatnya serta seluruh umat islam termasuk diri sendiri.