Pinjaman Wang Berlesen Melayu Segera

Pinjaman Wang Berlesen Melayu Segera

Pinjaman Wang Berlesen Melayu Segera | Apa itu pinjaman wang ? Atau Pinjaman Segera? Pinjaman adalah anda meminjam wang dengan seseorang atau pihak bank atau pihak yang menjadi koperasi pinjaman wang berlesen. Pinjam bermaksud anda pinjam dan anda wajib bayar balik pinjaman yang anda telah buat.

Pinjaman Wang Berlesen Melayu Segera

Kenapa anda meminjam wang? Kerana anda dalam kesulitan dalam sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan atau anda memerlukan wang segera di tangan anda untuk kepentingan peribadi, keluarga mahu pun atas sebab-sebab munasabah yang hanya anda sahaja mengerti.

Anda sedia maklum, pinjaman peribadi tidak membero jaminan kepada pihak peminjam kerana peminjam tidak memberi apa-apa jaminan seperti aset dan sebagainya. Peminjam hanya memberikan pinjaman berdasarkan latar belakang anda seperti, kerjaya, gaji dan sebagainya apa yang diperlukan.

Sebenarnya banyak syarikat pinjaman wang segera atau berlesen ini yang sedia maklum dimonopoli oleh Kaum Cina. Tak dinafikan Syarikat wang berlesen juga dimiliki oleh Melayu. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian atau anggaran bayaran balik kerana setiap pinjaman kadar faedah dan pengiraannya berbeza termasuk juga dari bank-bank sedia ada di Malaysia.

Selalunya bahasa mudah Syarikat Wang Berlesen Segera ini popular di panggil Ah long atau Along. Tak dinafikan ada juga Ahlong atau along ini memberi pinjaman peribadai yang cepat dan bayaran balik tinggi sikit dari bank yang ada. Ada juga terlalu tinggi dan boleh mendatangkan mudarat kepada peminjam lebih-lebih ada perjanjian yang peminjam tidak perasan dan sebagainya.

Seperti anda sign agrement personal insurans atau pembelian kereta atau rumah, sudah pasti kebanyakkan dari kita tidak membaca atau cuba fahami terma dan syarat yang telah diletakkan oleh pihak peminjam.

Justeru itu, kebarangkalian anda akan ditipu atau dilipat gandakan pinjaman anda lebih dari pinjaman dan tidak setimpal.

Kenapa anda perlu wang segera dan memerlukan pinjaman wang berlesen terutama orang melayu akan cuba cari syarikat wang berlesen melayu?

Mudah sahaja jawapannya kerana syarikat ini akan memberi kelonggaran dari segi permohonan pinjaman wang peribadi.

Contoh:-

Gaji kasar anda: RM4000

Gaji Bersih anda: RM2400

Komitmen luar : keseluruhan RM1400

Kesimpulan: Jika mohon dekat bank anggaran bersih anda telah melebihi 60% dari potongan gaji anda. Selalunya dan syarat dari bank tidak akan lepas untuk anda overlap atau membuat pinjaman peribadi lagi.

Jika dari Syarikat wang berlesen mereka tidak atau beri kelonggaran salah satu dari segi potongan gaji bersih anda. Anda faham? contoh gaji anda sudah melebihi potongan 60% dan ada komitmen luar lagi seperti rumah sewa dan sebagainya, tetapi pihak syarikat akan bagi kelonggaran dari segi anda jaminan dari pemohon contohnya pihak kedua, pasangan anda atau sebagainya.

Akhir sekali, kita harus cuba menabung dan kawal perjalanan kewangan kita, ukur baju dibadan sendiri, jangan biarkan diri kita terjerat dengan hutang. Terbeban sangat terutama buat pinjaman dengan syarikat berlesen kerana wang segera, jika anda terdesak cuba plankan betul-betul adakah anda mampu bayar balik atau sebaliknya.

Semoga perkongsian ini amat bermanfaat dan artikel ini tidak menjatuhkan mana-mana pihak hanya sekadar pendapat peribadi sahaja.

3 Comments

Leave a Reply