Permohonan Semakan Wang Tak Dituntut Online : Login eGUMIS | Tahukah anda apa itu wang tidak dituntut? WTD adalah sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.
Wang Tak Dituntut atau WTD ini adalah wang yang seharusnya dibayar tetapi gagal dalam pembayaran kepada individu atau syarikat dalam tempoh setahun.
Contoh-contohnya:
- gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
dividen; - keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
- tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
- draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
- simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
- cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
- pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
Selain dari itu juga wang dalam akaun tidak aktif selama 7 tahun seperti akaun simpanan, akaun semasa dan simpanan mempunyai pembaharuan automatik juga boleh dituntut.
Artikel Viral: Permohonan Renew Lesen dan Rotax Kenderaan di MyEG
Sistem eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut
Untuk memudahkan dan melancrakan proses tuntutan Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.
Untuk daftar dan menggunakan Sistem eGUMIS ini anda boleh ikut langkah-langkah di bawah ini.
- Sila layari portal https://egumis.anm.gov.my/
- Buka akaun baru dan buat pendaftaran, isi lengkap dan tepat. Username dan katalaluan perlu ingat.
- Seterusnya pengguna akan terima emel penegsahan.
- Kemudian, log masuk Sistem EGUMIS menggunakan Username dan kata laluan ketika mendaftar.
- Kemaskini maklumat pengguna penting untuk ke bahagian seterusnya.
- Sila klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk semak WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada).
*satu hari hanya dua kali semakan dapat dilakukan.
Untuk peringkat awal sistem eGUMIS hanya dapat data dari tahun 2006 hingga kini sahaja.
Bila sudah terima data dari sistem eGUMIS menyatakan anda memiliki Wang Tak Dituntut anda boleh ikut langkah-langkah dalam sistem itu untuk membuat permohonan wang tidak dituntut ini. Sila sediakan Kad Pengenalan dan penyata bank terkini yang disahkan untuk di upload dan membuat permohonan. Seterusnya permohonan anda akan disemak, jika lulus wang anda akan dikredit terus ke bank yang anda masukkan dalam sistem eGUMIS.
Soalan Lazim
1. Siapakah yang berhak menerima bayaran Wang Tak Dituntut (WTD)?
Menurut Seksyen 13(1) Akta WTD 1965, bayaran WTD hendaklah dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas WTD dan apabila Pegawai WTD berpuas hati bahawa penerima ialah empunya yang berhak.
2. Adakah Pendaftar menetapkan had tempoh masa untuk memohon tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?
Tiada tempoh masa yang ditetapkan. WTD yang diserahkan kepada Pendaftar boleh dituntut pada bila-bila masa oleh pihak yang mempunyai hak ke atas wang tersebut.
3. Adakah Pendaftar menetapkan had minima amaun yang boleh dituntut?
Tiada had minima amaun yang boleh dituntut.
untuk soalan lazim yang lain sila klik DISINI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila:
Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(Accountant General’s Department of Malaysia)
BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
ARAS 1, BLOK UTARA, PERBENDAHARAAN 2
NO. 7, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62594 PUTRAJAYA
T: 03-8000 8600 (Talian AM/General Line)
Aduan/Maklumbalas
Sistem Pengurusan Aduan Awam