Permohonan Semakan Bantuan Kewangan RM 300 Isi Rumah Bagi Negeri Terlibat Bulan December 2021

Permohonan Semakan Bantuan Kewangan RM 300 Isi Rumah Bagi Negeri Terlibat Bulan December 2021 | Kerajaan sangat prihatin kepada rakyatnya dengan adanya Program Prihatin Kasih dengan peruntukan RM100 juta telah diumumkan sebagai salah satu langkah pakej PEMERKASA. Tujuan utama untuk membantu kos sara hidup bagi golongan miskin bandar. Program bantuan barangan dapur ini disalurkan secara tanpa tunai atau cashless melalui penggunaan MyKad dan akan memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara.

Baca seterusnya, saripkay.com kongsikan dengan lebih lanjut..m

Kaedah Pelaksanaan Program Ini

Untuk makluman, program ini dilaksanakan dengan cara pengkreditan elaun bulanan sebanyak RM100 selama 3 bulan (RM300) ke dalam Mykad mereka yang layak.

Wang yang dikreditkan boleh digunakan Untuk membeli barangan runcit di kedai-kedai pasaraya terpilih sahaja.

Senarai kedai runcit dan pasaraya yang terlibat – KLIK SINI.

Bulan Pelaksanaan

Program ini telah dijalankan secara berperingkat di setiap negeri dengan menyaksikan negeri Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai pelaksanaannya pada bulan Julai.Buat masa kini, beberapa negeri telah melalui bulan terakhir pelaksanaannya iaitu negeri Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu.Manakala untuk Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak akan bermula pada bulan September hingga November 2021 atau Oktober hingga Disember 2021.

Bantuan Kewangan RM 300

Kelayakan Bantuan RM300 Barangan Dapur

Untuk keluarga yang layak dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR. Sekiranya melepasi syarat, mereka layak untuk terima Bantuan PRIHATIN Kasih ini.Mereka yang layak akan terima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Semakan Program Prihatin kasih

Anda boleh untuk membuat semakan status kelayakan secara online Klik Di Sini

Cara semak kelayakan:

  • Layari laman web MyKasih http://www.mykasih.com.my/site/
  • Isi nombor kad pengenalan
  • Masukkan kod Captcha yang dipaparkan
  • Status anda akan dimaklumkan
  • Jika layak, anda akan terima sms dari MyKasih untuk mengesahkan status anda sebagai penerima manfaat program ini.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan berkaitan Program Prihatin Kasih, anda boleh rujuk DI SINI

Semoga perkongsian Ini bermanfaat kepada ANDA.

Leave a Reply