Permohonan – Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021 / 2022

Permohonan - Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021 / 2022

Permohonan – Mohon Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2021 / 2022 | Yayasan Angkasa berbesar hati pelawa bakal-bakal yang akan menyambung pengajian di IPT untuk membuat permohonan Pembiayaan Pendidikan Yayasan Angkasa akan dibuka mulai tarikh 1/8/2021 hingga 31/10/2021.

Apakah Yayasan Angkasa?

Yayasan ANGKASA didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2 Disember 2010.

Kewujudan Yayasan ANGKASA dengan penubuhan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK).

Yayasan ANGKASA bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan pembiayaan boleh ubah dan biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi, kakitangan koperasi ,anggota koperasi bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD.

Pembiayaan Pendidikan ini disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah selain itu bagi peminjam yang berjaya mendapat keputusan kelas pertama, pembiayaan akan ditukar kepada biasiswa sepenuhnya (100%) manakala yang mendapat kelulusan kelas kedua atas akan diberi biasiswa enam puluh lima peratus (60%) dari jumlah pembiayaannya dan kelas kedua bawah akan diberi biasiswa sebanyak empat puluh peratus (40%)

Keistimewaan

  • Pembiayaan boleh diubah kepada Biasiswa berdasarkan pencapaian Kelas dan Gred Pengijazahan.
  • Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA tidak dikenakan sebarang Faedah.
  • Merangkumi tahap pengajian seperti Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelbagai bidang bagi mod Sepenuh/Separuh Masa.

Syarat Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Maksimum empat (4) tahun pengajian (bagi mod pengajian sepenuh masa sahaja)
  • Anggota koperasi yang berdaftar bawah ANGKASA / anak anggota koperasi
  • Telah menerima surat tawaran pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi
  • Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan dari lain-lain penaja layak memohon.

yayasan angkasa

Pendaftaran

Yayasan ANGKASA sediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah untuk pengajian sepenuh
masa/ separa masa/ PJJ di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi dalam negara.

Ikuti langkah di bawah ini:-

  • Permohonan/Pendaftaran dibuka pada 1/8/2021 hingga 31/10/2021
  • Dibuat secara atas talian dengan pembelian nombor pin melalui JomPAY.
  • Bayaran melalui JomPAY akan diberi no pin secara kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
  • Setelah terima no pin anda boleh terus mendaftar di portal pelajar (https://www.yayasanangkasa.coop/pya/).
  • Anda diwajibkan untuk melengkapkan maklumat permohonan yang diminta dengan betul.
  • Permohonan yang lengkap dan betul sahaja akan diproses oleh pihak Yayasan ANGKASA.

Cara Membuat Permohonan

Dibawah ini dikongsikan 3 cara untuk membuat permohonan Pembiayaan Yayasa Angkasa.

Cara 1 : Pembayaran PIN PPYA 

  • Buat bayaran sebanyak RM 10 bagi 1 PIN PPYA
  • Bayaran dibuat melalui JomPAY
  • Masukkan Biller Code 86231 (YAYASAN ANGKASA PIN)
    Ref-1 : No. Kad Pengenalan Anda
    Ref-2 : Nombor Telefon Anda

*simpan maklumat resit

Cara Ke 2 : Terima SMS

Pemohon akan terima SMS Nombor PIN PPYA seperti

Yayasan ANGKASA : [Kad Pengenalan ANDA] Terima kasih kerana memilih Yayasan ANGKASA sebagai pembiaya pengajian saudara/i. Saudara/i hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui yayasanangkasa.coop sebelum 31/10/2019. Pin permohonan adalah [XXXXX]

*SMS ini akan dihantar dalam Masa 24-48 Jam (Waktu Berkerja Isnin-Jumaat)

Cara ke 3 : Daftar Pembiayaan Yayasan Angkasa

Seterusnya anda akan terima nombor PIN PPYA dan anda boleh terus daftar di link https://www.yayasanangkasa.coop/pya

Baca juga: Permohonan PPKP JPA – Program Penajaan Kumpulan Pelaksana JPA 2021 Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Bahagian Operasi (Hal Ehwal Pelajar) Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 9358
Emel : pinjaman@yayasanangkasa.coop

Bahagian Kewangan & Pentadbiran Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 6358
Emel : unit.kewangan@yayasanangkasa.coop

Bahagian Kutipan Balik Yayasan ANGKASA
Tel : 03-7880 5358
Email : bayaranbalik@yayasanangkasa.coop

sumber: ecentral

 

Leave a Reply