Permohonan Guru DG41 18,702 Kekosongan Secara One-off Mulai 7 Julai 2021

Permohonan Guru DG41 One-off

Permohonan Guru DG41 18,702 Kekosongan Secara One-off Mulai 7 Julai 2021 | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersetuju untuk membuka peluang pekerjaan sebagai Guru dengan lebih ramai dan kriteria yang telah ditetapkan ketika mengadakan satu sidang media berkenaan pengambilan khas Guru secara one-off.

Untuk pengetahuan semua, KPM telah menyediakan jawatan kosong sebagai guru sebanyak 18, 702 diperlukan secara One-off bermula 7 Julai ini.

Berita menarik: JKM – Permohonan Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Kanak-Kanak

Jawatan kosong guru ini hanya untuk gred DG41 sahaja.

Bagi penempatan pula akan diadakan secara berperingkat dan bermula pada bulan Oktober 2021 ini. Apa lagi mohon segera bagi yang layak.

Senarai Kekosongan Mata Pelajaran Yang Diperlukan

Mata pelajaran yang diperlukan adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

Bilakah permohonan guru one-off akan bermula?
7 Julai 2021.

Berapakah jumlah kekosongan jawatan guru diperlukan?
Lebih 18 ribu

Tonton Video di bawah ini

Kesimpulan

KPM sudah membuka ruang untuk graduan mahupun lepasan yang ada kelayakan masih tidak dapat pekerjaan boleh mohon, InsyaAllah ada rezeki anda dan jangan menolak apabila tawaran dan permohonan anda berjaya.

Anda jangan lupa untuk membuat permohonan dan selalu peka bila tarikh akan dibuka nanti, semoga berjaya.

2 thoughts on “Permohonan Guru DG41 18,702 Kekosongan Secara One-off Mulai 7 Julai 2021

Leave a Reply