Penduduk Israel Terima Nasib Jadi Pelarian

Penduduk Israel Terima Nasib Jadi Pelarian

TEL AVIV – Penduduk Israel Terima Nasib Jadi Pelarian | Kira-kira 500,000 pendatang haram Yahudi telah dipindahkan dan kehilangan tempat tinggal dalam tempoh 10 hari sejak pejuang Hamas melancarkan Operasi Banjir al-Aqsa pada 7 Oktober lalu.

Perkembangan itu, sekali gus menyaksikan giliran golongan tersebut pula menjadi pelarian seperti dihadapi penduduk Palestin sejak beberapa dekad lalu.

Data tersebut dimaklumkan jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Jonathan Conricus selepas Tel Aviv berdepan serangan terburuk dalam sejarah 75 tahun penubuhan negara haram tersebut.

Struktur di Rafah, selatan Genting Gaza yang musnah teruk dibedil rejim Zionis dan meragut puluhan nyawa pada Selasa. – Foto: AFP

“Pemindahan berskala besar dilakukan ke atas kesemua komuniti penduduk Israel. Proses itu dilakukan atas usaha mereka sendiri.

“Kami tidak mahu orang awam berada dekat dengan zon tempur. Keselamatan golongan itu diberi keutamaan,” katanya.

Israel yang semakin takut dengan kemaraan pejuang Hamas turut memindahkan penduduk di sepanjang kawasan utara bersempadan dengan Lubnan ketika konflik bersama kumpulan Hizbullah semakin meningkat.

Penduduk Israel meninggalkan lokasi itu yang menjadi medan pertempuran rentas sempadan sejak beberapa hari lalu. – AFP

Leave a Reply