Pendidikan Dalam Talian – Kelebihan dan Keburukan | Kita telah diancam denagn virus covid-19 ini dan sistem pembelarajan negara pun sebanyak sedikit telah berubah terutama dalam Pendidikan secara Dalam Talian. Cabaran ini amat berat kepada pihak KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia), tenaga pengajar, ibubapa dan pelajar itu sendiri. Disini mereka ini memainkan peranan yang penting untuk mendidik anak bangsa yang akan memacu negara masa akan datang. Dan tidak dinafikan ada institusi awam atau swasta sememangnya telah meweujudkan sistem pembelajaran dalam talian telah lama namun bagi yang baru hadapi agak sukar dan mencabar.
Keadaan ini amat mencabar kita negara mendapai PKP kerana kita diserang oleh virus yang viral iaitu covid-19, boleh dikatakan semua pihak terlibat tidak kira tenaga pengajar mahupun ibubapa, semua aspek diambil kira seperti kemampuan untuk membeli peranti, internet dan sebagainya.
Pendidikan Dalam Talian – Kelebihan dan Keburukan
Kelebihan
- Pelajar akan dapat merancang masa dan jadual mengikut mereka sendiri mahupun arahan daripada guru/tenaga pengajar. Disini bagi pelajar sekolah rendah yang sememangnya masih bergantung pertolongan dari ibubapa amat perlu bijak mengisi masa dan memberi mereka ruang di mana ada ibubapa yang berkerja tidak mengira waktu, jadi disini ibubapa dapat mengisi masa terluang dengan latihan yang tenaga pengajar beri.
- Pelajar dapat membiasakan diri dengan norma baru iaitu kelas secara online dan mendedahkan mereka dengan cara komunikasi dalam talian dan cara menggunakan peranti, kerana dunia zaman teknologi jadi harus dan wajib kita hidup zaman sekarang tahu akan kegunaan dan cara mengawal peranti.
- Jika tenaga pelajar memberi latihan, ibu bapa dapat membuat jadual sendiri untuk bantu anakanak siapkan latihan berdasarkan ketetapan dan masa tempoh diberikan, dalam masa sama secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Keburukan atau kekurangan
- Keluarga atau pelajar yang tidak memiliki peranti dan internet yang sempurna terutama yang tinggal diluar bandar. Ini akan menyukarkan lagi proses pembelajaran online. Ada juga ibubapa yang kurang ilmu IT ini amat sukar untuk fahami dan menggunakan platform seperti google meet dan sebagainya.
- Selain itu, persekitaran hidup murid yang kurang kondusif. Adakala kawasan perumahan atau rumah mereka tidak begitu baik dan selesa.
- Ini main peranan penting juga, penguasaan kemahiran guru terhadap pedagogi digital. Cara menggunakan platform sedia ada seperti google meet, whatsapp, google doc, telegram dan lain-lain.
- Secara khususnya mentaliti murid, ibu bapa dan guru. Jika tidak sedia akan mengambil masa yang lama, zaman sekarang ketika ini kita kena hadapi situasi ini.
- Ini juga satu isu yang perlu ditekankan, iaitu tahap keberkesanan penyampaian pengajaran dan pembelajaran.
- Jika tidak diambil peduli keberkesanan pembelajaran secara dalam talian akan terganggu dan merugikan.
Pendidikan di negara kita semakin mencabar dan sememangnya dijadikan secara norma baharu bahawa pembelajaran secara dalam talian dan semoga kita bersama dalam mendidik anak bangsa menjadi anak yang berguna kelak.