PELANGGAN TERKEJUT DAPAT TUALA GORENG

PELANGGAN TERKEJUT DAPAT TUALA GORENG

PELANGGAN TERKEJUT DAPAT TUALA GORENG LEPAS PESAN AYAM GORENG DI JOLLIBEE FILIPINA | Sekilas pandang, tidak ada yang salah dengan menu ayam goreng dari restoran makanan segera Jollibee ini. Namun, setelah dipegang, ternyata ayam goreng yang berada di dalam kotak makanan tersebut rupanya adalah tuala goreng!

Inilah yang terjadi kepada seorang wanita Filipina, Alique Perez yang berkongsikan pengalaman mengejutkan apabila menemui tuala goreng di dalam kotak makanan Jollibee.

PELANGGAN TERKEJUT DAPAT TUALA GORENG

Jelas Perez dalam satu hantaran di Facebook, dia memesan menu tersebut menerusi perkhidmatan Grab untuk anaknya. Setelah menerima menu tersebut, dia berasa sedikit pelik apabila ayam goreng sedikit liat selepas digigit.

Dia akhirnya mencarik ayam goreng tersebut dan mendapati makanan tersebut sebenarnya adalah tuala goreng. Perez ada meluahkan rasa jijiknya selepas menemui penemuan ini.

“Ini sangat menjijikkan. Bagaimana awak boleh letak tuala dalam acuan tepung dan goreng?!”

Perez turut berkongsikan beberapa video rakaman tuala goreng tersebut.

 

Jollibee Filipina mohon maaf

Selepas hantaran Perez tersebut tular, Jollibee Filipina ada mengeluarkan satu kenyataan rasmi di Facebook rasmi mereka.

Baca ini:- Semak Keputusan SPM 2020 pada 10 Jun ini 

Jelas Jollibee, francais yang terlibat akan ditutup selama tiga hari bermula 3 Jun lepas untuk tujuan siasatan. Jollibee juga menegaskan pihak mereka akan terus berhati-hati dalam penyediaan makanan untuk kepuasan pelanggan mereka.

Tuala Goreng KFC

Sumber: Alique Perez
Sumber: Jollibee

Leave a Reply