#Justice4BabySyifaa : Peguam Negara Gagal Jawab Soalan mudah tentang kematian Baby Syifa‼️

Peguam Negara Gagal Jawab Soalan mudah tentang kematian Baby Syifa‼️

#Justice4BabySyifaa : Peguam Negara Gagal Jawab Soalan mudah tentang kematian Baby Syifa‼️

Pihak berkuasa nampak gaya terus bermain tarik tali dalam kes kematian anak saya Baby Syifaa.

Semalam Jabatan Peguam Negara (AGC) ada memberi maklum balas terhadap surat yang dihantar oleh saya melalui Peguam Pemerhati Tetuan Amin Chambers.

Surat tersebut bertanyakan status dan kenapa pendakwaan tidak dibuat terhadap Pengasuh walaupun PDRM mencadangkan pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001?

Malangnya, dalam jawapan balas oleh Jabatan Peguam Negara, memaklumkan kes kematian Baby Syifaa perlu menjalani Inkues atas faktor kepentingan umum.

Inkues adalah suatu siasatan kematian untuk mencari bagaimana dan sebab Baby Syifaa meninggal dunia.

Inkues tidak menjamin seseorang dihadapkan dengan pertuduhan di mahkamah. Persoalan ketika ini kenapa AGC enggan membuat suatu pendakwaan ke atas Pengasuh?

Jawab soalan mudah!

Peguam Negara Gagal Jawab Soalan mudah tentang kematian Baby Syifa‼️

Nota kaki: bantu sebarkan status terkini kes Baby Syifaa kerana FB menyekat saya selama 30 hari.

Adakah ini permainan mereka? adakah kematian baby syifa tentang kemalangan biasa? sedangkan baby tersedak susu pun pengasuh ditahan reman tetapi kes baby syifa lebih 30 hari pengasuh tidak ditahan reman untuk buat sisatan.

Apakah ini mengenai kes vaksin ujikaji covid-19? adakah ini berkenaan dengan freemason? adakah ini berkenaan kes Dajjal?

Atau akhir zaman?

Tepuk dada tanya imam. Anda diberi akal fikiran, setiap tindakan perlulah disertai dengan rancangan atau berfikir sebelum membuat andaian atau tindakan.

Ramai manusia di Malaysia ini suka ikut atau suka tidak ambil peduli. Jika bencana atau peristiwa ini tidak berlaku pada ahli keluarga sendiri.

Jangan mudah terpedaya dan ikut apa kehendak mereka, kita orang islam kita manusia.

Semoga bermanfaat.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply