P.RAMLEE “MENJAHANAMKAN” 6 JAHANAM.
Pasti ANDA Masih ingat lagi cerita gengster arahan Dan lakonan Dari pelakon terhebat sepanjang zaman Malaysia iaitu 6 Jahanam, Watak lakonan Dan arahan P. Ramlee sendiri. Ada scene Dan Kejadian sebelum Beliau memulakan shooting ini.
Semasa P.Ramlee ingin mengarahkan filem 6 Jahanam, beliau ingin mencipta watak kepada setiap pelakon yang membawa peranan 6 Jahanam tersebut dengan keadaan yang berbeza. P.Ramlee ingin menggambarkan kesemua karektor 6 Jahanam ini betul-betul ganas supaya ianya nampak benar-benar jahanam.
Pada satu hari P.Ramlee telah memanggil keenam-enam pelakon yang terlibat dengan beberapa orang tukang gunting rambut yang didatangkan khas oleh P.Ramlee ke studio Merdeka. P.Ramlee telah meminta tukang gunting rambut itu momotong rambut keenam-enam pelakon itu dengan gaya yang berbeza. Ada yang botak, ada juga yang botak separuh dan juga ada yang gondol.
Tetapi keenam-enam mereka hanya menurut sahaja kehendak P.Ramlee. Untuk makluman semua, ketika di studio Merdeka bukan mudah pelakon-pelakon baru dari studio itu dapat berlakon di dalam filem P.Ramlee kerana beliau sangat teliti dalam pemilihan pelakon untuk filem-filemnya. Bagi mereka semua betapa beruntungnya dapat tawaran berlakon di dalam filem P.Ramlee, jadi setakat botak atau gondol kepala tidak menjadi masalah besar.
Keenam-enam pelakon yang terlibat untuk dipotong rambutnya ialah Ahmad Dadida (Karambit), Osman Botak (Paragas), Sharif Baboo (Mumbala), Ibrahim Sabtu (Jagindas), Kamal Idris (Katipang) dan J.B Yusoff (Sujama)
Teks : HAR
Rujukan:
Majallah Filem
Kenangan Abadi P.Ramlee – Ramli Ismail
Teruskan Subscribe Saripkay.com Untuk dapatkan info-info terkini