Penerima BSH atau BPN Layak Automatik MySalam, Semak, Mohon dan Proses Tuntutan | Tahukah anda apa itu MySalam? mySalam adalah satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberi oleh Kerajaan untuk perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Syukur kepada Allah, dengan adanya mySalam ini dapat mengurangkan bebanan kepada warga yang dalam kekurangan dari segi kewangan.
Mengapakah Kerajaan menyediakan mySalam ini?
Sedia maklum, Kerajaan mengambil berat tentang rakyatnya, Oleh itu Kerajaan telah sediakan satu skim pelindungan kesihatan sosial untuk bantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.
Wang diperuntukan untuk program mySalam
Untuk dana permulaan, tabung amanah mySalam telah dibuka dengan kemasukan dana sebanyak RM2 bilion. Jumlah ini dijangka dapat memastikan kemampanan program ini untuk sekurang-kurangnya 5 tahun.
Anda boleh baca Soalan Lazim DISINI
Kelayakan MySalam
- Penerima BSH atau BPN layak automatik mySalam
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
- Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
- Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.
Baca ini : Login SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Analisis Peperiksaan Sekolah
Cara Mohon dan Semak MySalam
Untuk daftar, mohon dan semak Skim Perlindungan MySalam, adalah perlu layari https://www.mysalam.com.my/
Cara Tuntutan MySalam
Langkah untuk buat tuntutan MySalam
- Layari laman web
- Login dengan masukkan No IC dan password akan di hantar melalui ‘sms’
- klik ‘Download Form’ dan “Critical Illness – Doctor’s Statement form”
- Serah kepada Doktor dan diisi dengan penuh serta lengkap.
- Setelah siap anda perlu login semula ke portal mySalam dan pilih Claims > Claims Submission > CI Claims
- Isi maklumat yang diperlukan upload dokumen berkenaan dan klik ‘ Summit’
Jika anda berjaya, wang akan terus dikreditkan terus ke akaun penerima seperti yang didaftarkan di bawah skim BSH 2019
45 Senarai Penyakit Yang Boleh Dituntut
- Alzheimer/ Demensia teruk
- Angiolplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
- Meningtis Bakteria
- Tumor Otak Benign
- Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Pembedahan otak
- Kanser
- Kardiomipati
- Anemia Aplastik Kronik
- Koma
- Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
- Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
- Ensefalitis
- Kegagalan Hati Tahap Akhir
- Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
- AIDS gejala penuh
- Hepatitis Viral Fulminan
- Serangan Jantung
- Pembedahan Injap Jantung
- Jangkitan HIV
- Kegagalan Buah Pinggang
- Kehilangan upaya hidup sendiri (berdikari)
- Hilang keupayaan bertutur
- Trauma kepala major
- Sumsum Tulang
- Penyakit Neuron Motor
- Sklerosis Multipel
- Distrofi Otot
- Lumpuh anggota badan
- Parkinson
- Hipertensi Arteri Pulmoneri Primer
- Penyakit Arteri Koronari Serius
- Strok/ Angin Ahmar
- Pembedahan Aorta
- Lupus Eritematosus Sistematik
- Kelecuran Tahap 3
- HIV
- Penyakit Terminal
- Penyakit Sistik Medular
- Sindrom Apallic
- Poliomielitis
- Skleroderma Progresif
- Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
- Penyakit Untut
- Penyakit Lembu Gila
Semoga perkongsian ini anda dapat kongsikan kepada penerima lain atau saudara mara anda kerana masih ramai lagi tidak tahu kewujudan MySalam ini dan semoga ia menjadi manfaat yang baik kepada penerima.
TALIAN BANTUAN
Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my