Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021

Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021

Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021

Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021 | Dalam Islam untuk sebuah perkahwinan salah satunya wajib ada mahar. Ia juga dikenali sebagai Mas Kahwin. Mas kahwin atau mahar ini wajib diberikan oleh bakal suami kepada isteri mnegikut minimun nilai setiap negeri yang ditetapkan. Ia diberikan pada waktu atau majlis pernikahan.

Walaubagaimana pun jika bakal suami ada lebih tidak salah untuk memberi lebih nilai mas kahwin atau mahar itu kepada bakal isteri yang penting ikhlas dan rasa bertanggungjawab.

Nilai mahar setiap negeri adalah berbeza. ‘Sebaik-baik wanita ialah yang paling mudah (ringan) maharnya.’

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Mana-mana lelaki yang mengahwini perempuan atas sekurang-kurang atau sebanyak-banyak maharnya, tetapi tidak ada maksud (tidak mahu) membayar mahar tersebut sebagai haknya (perempuan yang dikahwini), setelah itu ia mati padahal belum lagi ia tunaikan (mahar tersebut), maka nanti ia bertemu dengan Allah pada hari Kiamat sebagai orang yang berzina.”

Mas Kahwin atau Mahar Adalah Pemberian Wajib

Ini menunjukkan Mas Kahwin atau Mahar adalah pemberian wajib dan hak mutlak si isteri. Keluarga, ibu bapa, suami mahu pun mana-mana saudara-mara tidak ada hak di atas pemberian wajib itu kecuali atas persetujuan dari isteri.



Baca ini:- Dijemput ALLAH Di Kamar Tidur Ketika Sedang Puasa Tanpa Sebarang Tanda – Al-Fatihah

Rukun Nikah

  1. Pengantin lelaki (Calon Suami)
  2. Pengantin perempuan (Calon Isteri)
  3. Adanya Wali
  4. Dua orang saksi lelaki
  5. Ijab dan Qabul (akad nikah)

Untuk Sah kahwin dan Rukun-rukun lain nanti saya kongsikan di artikel lain. Sekarang kita fokus pada tujuan artikel ini iaitu Mas Kahwin atau Mahar.

Nilai dan Mahar atau Mas Kahwin Mengikut Negeri

Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021
Mas Kahwin atau Mahar Mengikut Negeri-negeri Malaysia 2021

*Bagi negeri yang “Tiada Ketetapan” dalam penilaian mas kahwin, maka nilainya ditentukan oleh ahli keluarga pengantin melalui rundingan bersama.

*Kadar mungkin akan berubah mengikut mengikut arahan Majlis Agama Islam negeri masing-masing dari masa ke semasa.

Sebelum berlangsungnya pernikahan eloklah bakal-bakal semak dulu mas kahwin atau mahar bakal isteri anda mengikut negeri bakal isteri.

Kesimpulan

Mahar yang sikit adalah yang baik disisi agama. Secara logiknya wang atau simpanan anda lebih memerlukan selepas mendirikan rumah tangga, jangan sampai buat pinjaman untuk majlis kahwin buat besar besaran tetapi selepas kahwin hutang mahupun simpanan tidak mencukupi.

Selapas kahwin, rumah sewa di bayar sendiri, makan berkongsi, banyak lagi bila dapat anak lagi banyak pakai duit. Jadi buatlah pilihan bijak. Semoga bermanfaat dan mendapat keberkatan.

Leave a Reply