Anak Soleh menjadi Impian Setiap Insan | Setiap manusia inginkan anak soleh dan solehah. Dan juga setiap kita ingin menjadi anak soleh di mata ibubapa dan di pandangan Allah. Hakikatnya anak soleh dimata pandangan Allah s.w.t yang utama.
Kita Tahu ke Kita Anak Soleh?
Dalam agama islam telah mengajar kita bagaimana untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
Antara perkara menjadi anak soleh dan solehah ialah :-
1. Lakukan perintah Allah dan tinggalkan perkara yang dilarang
2. Patuh pada ibu bapa dan guru
3. Suka menolong
4. Bersedekah dan banyak lagi.
Tahukah anda bahawa anda tahu atau tidak anda adalah seorang anak yang soleh atau solehah? Ada beberapa faktor dan perkara yang boleh dilihat bahawa kita seorang anak yang soleh, yang penting terus berusaha menjadi anak yang soleh dan baik tidak berasa diri begitu soleh dan terus mencuba lakukan yang terbaik. Selain itu muhasabah diri itu penting.
Anak yang soleh dan solehah adalah ia sentiasa ingat akan kedua ibubapanya dalam setiap doa,setiap doa selepas solat, ada ulama mengatakan setiap jam.
Ayuh kita menjadi anak yang soleh. Kerana itulah kunci kejayaan kita. InsyaAllah.