Khairat Kematian Boleh Dituntut Disini | Ramai yang tidak ambil Tahu pasal khairat Kematian ini, sebenarnya kita sebagai pengguna sebagai rakyat Malaysia ada kelebihan Dan ada tempat kita perlu klaim bila berlaku Kematian Kepada saudara atau keluarga kita. Waris boleh tuntut di Mana tempat yang berkaitan.
*KHAIRAT KEMATIAN YANG BOLEH DITUNTUT OLEH WARIS SIMATI MENGIKUT KELAYAKANNYA*
*1. KHAIRIAH MASJID*
■ Sekitar RM 500 – RM 5,000
■ Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah
*2. Tabung Haji*
■ RM 1,500
■ Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di Tabung Haji
*3. PERKESO*
■ RM 2,000
■ Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO
*4. KWSP*
■ RM 2,500
■ Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP
*5. Pembayar ZAKAT*
■ RM 3,000 [MAIWP] bergantung kepada negeri masing-masing
■ Syarat: Pembayar zakat
*6. Bantuan Mengurus Jenazah JPA*
■ RM 3,000
■ Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam
*7. BANK RAKYAT*
■ RM 3,000
■ Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat
*8. MAYBANK*
■ RM 1,000
■ Syarat: Akaun Individu sahaja
*9. ASNB*
■ RM 200 – RM 2,000
■ Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati
*10. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)*
■ RM 1,000
■ Syarat: Skim Khairat Kematian (SKK) layak bagi Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan sahaja
■ dituntut di kaunter BSN yang terdekat
*11. SKIM TAKAFUL*
■ RM 2,000 – RM 5,000
■ Syarat: si mati pencarum takaful
*12. PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI*
■ RM 500 – RM 5,000
■ Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi
*13. PENCEN (Kakitangan Awam)*
■ RM 3,000
*14. Pemegang Kad Kredit Islamic*
■ RM 500 – RM 2,000 bergantung kepada kad
■ Pelan perlidungan takaful percuma + khairat kematian
*15. Khairat Kematian pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) asal Sarawak*
■ Sebanyak RM3,000
■ Berumur 60 ke atas pada 1 Januari 2020,
■ Warganegara Malaysia dengan status ‘K’ pada kad pengenalan
■Penduduk tetap (permanent resident) Sarawak
*16. LAIN-LAIN*
Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas.
Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian.
Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu itu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.
*Macam mana nak tuntut?*
Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian.
*PERINGATAN*
Jangan ditangguh kerana permohonan bagi khairat kematian ini ada tempoh waktu.
Kesimpulannya, Jika berlaku apa-apa Kematian ahli keluarga waris perlu Tahu Dan boleh tuntut khairat Kematian ini pada pihak yang terlibat. Semoga bermanfaat.
Terus subscribe saripkay.com Untuk info Dan update terkini.