Jawatan Kosong Kerajaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) | Universiti Sains Islam Malaysia dikenali nama popular USIM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti telah mempelawa warganegara Malaysia yang yang berkelayakan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang seperti berikut:
Jawatan Kosong Kerajaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Jawatan yang di tawarkan seperti :
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
3. JURUTERAPI PERGIGIAN U32
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
5. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN U29
6. PEMBANTU MAKMAL C19
7. PEMANDU KENDERAAN H11
8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
9. PEGAWAI TADBIR (PEREKA INSTRUKSI) N41
10. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
Cara Memohon:
1) Semua permohonan secara dalam talian menerusi hebahan iklan di laman web http://www.usim.edu.my (link admin ada sediakan di bawah) mulai 24 Julai 2024 (Rabu).
2) Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00 melalui sistem mypayment. Ingat
3) Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
4) Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke: noorjannah@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / norazah@usim.edu.my (Norazah Md Yusup) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi).
*Sila rujuk syarat kelayakan sebelum memohon melalui link yang admin sediakan di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 06 Ogos 2024 (Selasa).
Sejarah Penubuhan USIM
Gagasan penubuhan sebuah institusi pengajian tinggi Islam sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah usaha kerajaan untuk menampung kekurangan intelek yang menguasai ilmu Islam. Pengumuman awal cadangan penubuhan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan ketika itu Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak di Pasir Puteh, Kelantan, pada 14 Jun 1996.