Jangan panggil saya janda. Saya nikah 2 hari je

VIDEO perkongsian seorang gadis dengan kapsyen ‘kenapa sudah jadi janda, baru 17 tahun’ pastinya mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, di usia belasan tahun, dia bukan sahaja sudah mendirikan rumah tangga malah turut mendedahkan telah bercerai.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, remaja berkenaan menyatakan jodoh dan maut semuanya Allah yang tentukan.

“Jangan paksa seseorang untuk mencintai kamu. Tapi biarkanlah dia datang dengan hati yang ikhlas dan kejujuran hatinya,” tulisnya ringkas.

Malah katanya, sepanjang tempoh perkahwinan, dia dan bekas suami tidak pernah tinggal bersama.

“Penceraian adalah jalan terbaik untuk saya dan bekas suami,” ujar remaja yang berasal dari Semporna, Sabah, ini.

Meskipun perit untuk membawa gelaran ‘janda’ di usia remaja, namun baginya ia adalah hakikat yang perlu diterima.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada enam beradik ini juga berharap dia tidak digelar janda kerana dirinya belum sempat menjalani bahtera rumah tangga seperti pasangan berkahwin yang lain.

“Kalau dikatakan janda, sebenarnya bukan juga sebab belum sempat menjalani kehidupan berumahtangga.

“Pada masa yang sangat singkat, dua hari terus saya bercerai… saya pun tak faham kenapa perlu label janda,” luahnya.

Saya bernikah atas sebab kemahuan keluarga. Jadi dengan tidak rela saya akur saja pada keadaan semasa ketika itu… bagi saya keluarga adalah keutamaan dalam hidup, oleh itu tidak mahu mengecewakan mereka. NORANAH Mendedahkan situasi yang dialami, ujar gadis jelita itu lagi, perkahwinan yang berlangsung pada 6 Jun lalu adalah atas kemahuan keluarga dan bukan didirikan atas dasar cinta.

Tambahnya, walaupun berat hati untuk bersetuju, tapi dia terpaksa akur demi menjaga hati ibu dan bapanya.

“Saya bernikah atas sebab kemahuan keluarga. Jadi dengan tidak rela saya akur saja pada keadaan semasa ketika itu.

“Bagi saya keluarga adalah keutamaan dalam hidup, oleh itu tidak mahu mengecewakan mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas segala urusan berkaitan perkahwinan selesai, dia dan bekas suami sependapat untuk berpisah.

“Kami bercerai sebab itu pilihan kami berdua… kehendak keluarga juga sudah diikuti.

Sumber Artikel : mStar Online

Leave a Reply