Rangkuman penuh Perlawanan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu, malam tadi yang menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon berjaya mencatat kemenangan 10-0 ke atas Papua New Guinea. Selepas mendahului 1-0 pada penghujung separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Safawi Rasid, Harimau Malaya garang menambah sembilan gol pada babak kedua menerusi hatrik Paulo Josue pada minit 52′, 64′ dan 70′, empat gol Arif Aiman Hanapi pada minit 57′, 60′, 87′ dan 89′ serta masing-masing satu gol daripada Faisal Halim minit 59′ dan Daniel Ting minit 76′.