Dato Jamal Abdillah Masih Single??

Dato Jamal Abdillah Masih Single??

Dato Jamal Abdillah Masih Single?? | Sebenarnya bukan masih single, Dato Jamal telah keluarkan single terbaru beliau pada hujung tahun lepas 2022 yang ramai tidak tahu.

Siapa tidak kenal dengan beliau, Jamal Abdillah merupakan antara penyanyi legenda yang masih aktif dalam berkarya dan membuat persembahan di mana sahaja. Malah, ia masih releven dalam industri hiburan dan masih mendapat sambutan di peringkat umur.

Dato Jamal Jamal juga dilihat sebagai penyanyi yang kreatif dan bijak mengatur kerjaya seni agar terus kekal menjadi releven serta diingati ramai. Anak-anak muda pun ada yang meminati beliau.

Sebelum ini, beliau banyak keluarkan single duet kolaborasi bersama BBNU atau artis yang tengah trending. Lama sudah beliau tidak keluarkan single, akhirnya beliau keluar single terbaru.

Terkini, Dato Jamal Abdillah 63 tahun muncul dengan lagu terbaru ‘Yang Memiliki’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh Khusam dan Zaira Sham yang sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 September lalu. Ia boleh ditonton di saluran channel Youtube One Scream Studio.

Beliau berkata bahawa lagu baru ini cukup dekat dengan kehidupan seharian selain apa yang dinikmati hari ini hanyalah bersifat sementara sahaja.

“Lagu ini mengisahkan mengenai kita sebagai manusia hanyalah hamba yang menumpang sementara di atas muka bumi ini. Segala kenikmatan yang kita miliki hanyalah dipinjamkan oleh Allah SWT.”

“Kenikmatan yang dipinjamkan untuk kita terlalu banyak. Sejauh mana kita memilih untuk ke arah kebaikan atau sebaliknya, semuanya adalah pilihan kita. Kaya atau miskin itulah ujian buat kita. Segala kehebatan, keindahan, kecantikan, kesempurnaan, keagungan dan segala yang baik-baik adalah daripada Allah, Pemilik dan Pencipta yang abadi,” katanya.

Semoga lagu ini mendapat sambutan yang di Malaysia mahupun Singapura, Brunei serta Indonesia.

MV Yang Memilik – Dato Jamal Abdillah

Teruskan support dan terima kasih sudi singgah di saripkay.com

 

 

Leave a Reply