Contoh Surat Rasmi : Panduan Format dan Penulisan | Surat Rasmi adalah surat bersifat formal dan perlu ditulis untuk kepentingan umum. Surat Kiriman Rasmi amat berbeza dalam segi penulisan dan formatnya dengan surat tidak rasmi.
Untuk menulis surat rasmi, setiap penulis harus sensitif dengan penggunaan tanda baca seperti huruf besar dan huruf kecil. Format perlulah betul dan tepat kerana ia perkara wajib perlu ada pada surat rasmi. Bagi pelajar yang menduduki peperiksaan, amat bagus pilih untuk menjawab soalan surat rasmi, jika pelajar kurang mahir tetapi tahu akan format surat kiriman rasmi akan memberi markah dengan mudah.
Siapa Perlu Tahu Tentang Format Surat
Kebiasaanya penggunaan surat kiriman rasmi dihantar untuk urusan rasmi dalam pelbagai bidang. Tidak kira siapa anda siapa yang perlu tuliskan surat ini, anda semua perlu tahu format dan cara menulis surat kiriman rasmi ini, apatah lagi anda bekerja sebagai penjawat awam mahu pun jabatan swasta.
Contohnya, disekolah murid-murid akan di ajar cara menulis surat rasmi kerana ada salah satu item mahupun topik dalam sistem pembelajaran di negara kita, bermakna guru dan murid perlu tahu format betul dan cara menulis surat rasmi ini.
Baca ini:- Contoh Resume Menarik dan Ringkas
Termasuk juga dengan ibu bapa, Anda perlu tahu kerana jika tiba hari anak anda tidak dapat hadir sekolah atas sebab-sebab tertentu bukan kerana sakit atau tidak dapat ambil MC, anda perlu tulis Surat Kiriman Rasmi ini menyatakan ketidakhadiran anak anda ke sekolah.
Tujuan Surat Rasmi di Tulis
Surat kiriman rasmi mempunyai tujuan yang tertentu. Tujuannya mestilah rasmi dan formal. Di bawah merupakan tujuan-tujuan surat rasmi :
- Permohonan – contoh : memohon kerja atau bantuan
- Surat Aduan atau Bantahan – contoh : aduan kerosakan dewan
- Surat Pesanan – contoh: Pesanan buku perpustakaan sekolah
- Surat Rayuan – contoh: Rayuan perpindahan
- Surat Jemputan – contoh: Jemputan menghadiri mesyuarat
- Surat Makluman – contoh : Makluman tidak hadir ke sekolah
Teknik Penulisan Surat Yang Ringkas dan Padat
Dalam kita menulis surat kiriman rasmi perlu mengikut format yang tepat dan betul.
- Gunakan ejaan dan tanda baca dengan betul. Contohnya penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
- Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat. Surat kiriman rasmi tidak perlu untuk menulis ayat yang panjang.
- Elakkan bahasa kiasan dan ungkapan peribahasa.
- Gambaran Format Surat Rasmi Melalui Ilustrasi
- Pembaca boleh rujuk gambar di bawah bagi menerangkan mengenai format surat kiriman rasmi.
Gambar di atas gambaran yang lengkap untuk Surat Kiriman Rasmi.
Akhir sekali semoga perkongsian Contoh Surat Rasmi ini menjadi rujukan yang baik pada anda dan bermanfaat.