Luqman Hakim mahu tebus kecewa Sukan SEA

Luqman Hakim mahu tebus kecewa Sukan SEA

Luqman Hakim mahu tebus kecewa Sukan SEA | Siapa tidak kenal dengan Luqman Hakim pemain kebangsaan yang bermain di liga Belgium. Luqman nama yang sensasi dalam dunia bola sepak Malaysia sekarang berasal dari Negeri kelantan. Beliau masih muda masih jauh lagi perjalanan menjadi seorang pemain yang baik. Beliau berpotensi menjadi pemain terbaik di Malaysia mahupun di mana-mana league yang ia sertai.

Pulang dari Sukan SEA ke-31 di Vietnam tanpa sebarang pingat, pentas Piala Asia B-23 di ­Uzbekistan akan dijadikan me­dan menebus kehampaan.

Itulah janji dan keyakinan dilaungkan penyerang skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Luqman Hakim Shamsudin men­jelang saingan menentang Korea Selatan malam ini.

Luqman yang berkelana de­ngan kelab Belgium KV Kortrijk yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Indonesia bagi penentuan pi­ngat gangsa tekad menebus kekecewaannya.

“Sebagai penyerang, saya per­lu perbaiki penyudah. ​​Setiap orang ada kelemahan, dan saya sedar kekurangan.

“Saya belum lagi menjadi pemain terbaik. Saya masih perlu memperbaiki dan mencari penyelesaian kepada kelemahan saya. Saya sedang melakukannya sekarang,” katanya.

Bagi Piala Asia 2022 yang membuka tirai semalam sehingga 19 Jun ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama dua gergasi Asia Tenggara, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan.

Luqman Hakim mahu tebus kecewa Sukan SEA

Selepas berdepan Korea, anak-anak buah Brad Maloney akan menentang Thailand, ­Sabtu ini.

Vietnam seterusnya menjadi lawan terakhir Malaysia di ­peringkat kumpulan, Rabu depan dengan perlawanan diadakan di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent.

Pasukan Malaysia B-23 ­ber­jaya menewaskan Thailand 2-1 dalam peringkat kumpulan pada Sukan SEA tetapi tumbang tipis 1-0 kepada tuan rumah, ­Vietnam pada separuh akhir. – UTUSAN

Sedikit Biodata Luqman Hakim

1. Pemilik nama Luqman Hakim Shamsudin.

2. Kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 5 Mac 2002.

3. Berusia 17 tahun.

4. Berketinggian 170 sentimeter, manakala berat badannya 59 kilogram.

5. Bakatnya digilap menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

6. Antara pencapaiannya yang membanggakan ialah pernah menjadi tulang belakang dalam kemenangan skuad B-13 NFDP mencipta sejarah sebagai juara Piala Iber Costa del Sol di Sepanyol pada 2015 di mana dia merupakan antara penjaring terbanyak kejohanan. Selain itu, beliau penerima kasut emas Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun (B-16) 2018, selain terpilih sebagai Kesebelasan Terbaik Piala Sanix 2019.

7. Kini menyertai skuad bawah 19 (B-19) tahun negara di posisi penyerang.

 

Fakta Menarik

  • Mengidolakan pemain, Zico dan Shamsudin Mahmmod.
  • Pasukan bola sepak kegemarannya, Manchester United dan Brazil.

Teruskan Subscibe dan follow blog saripkay.com untuk dapatkan berita dan cerita terkini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply