Bantuan Am Persekutuan: Pemohonan dan Syarat Kelayakan

Bantuan Am Persekutuan: Pemohonan dan Syarat Kelayakan

Bantuan Am Persekutuan: Pemohonan dan Syarat Kelayakan | Untuk pengetahui umum, Bantuan Am Persekutuan ialah satu lagi bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan. Malaysia Madani.

Ketahui, Kerajaan selalu ambil berat dan peka dengan keperluan Rakyat yang memerlukan.

Oleh yang demikian, Bantuan Am Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan bantuan tunai sehingga RM350 sebulan buat individu dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kelangsungan hidup.



Bantuan Am Persekutuan: Pemohonan dan Syarat Kelayakan

Pengenalan

Bantuan Am Persekutuan ini diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Syarat kelayakan

Hanya individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat berikut sahaja akan dipertimbangkan permohonan mereka untuk bantuan khas ini.

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri.

Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri.

Baca lagi: Percuma Kuota Internet Sempena Hari Raya Aidilfitri 

Baca lagi: CARA CHECK NAMA BLACKLIST TELCO-TELCO MALAYSIA

Cara memohon

Bagi individu atau keluarga yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda untuk dipertimbangkan.


Berikut merupakan cara-cara memohon Bantuan Am Persekutuan ini:

  1. Layari halaman Bantuan Am Persekutuan di alamat https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bam.html?fbclid=IwAR0oQ26j0jhSs3zCNGkkyFOD3J1QkMkX3o4eHPSmyRXWO3FxESjgn2BjdZU
  2. Klik pada butang “Mohon Di Sini” untuk muat turun borang permohonan
  3. Lengkapkan segala butiran di dalam borang permohonan tersebut
  4. Hantarkan borang permohonan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat / Negeri / Daerah / Jajahan

Maklumat lanjut dan pertanyaan

Jika anda punyai pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini, anda boleh dapatkan bantuan dengan menghubungi pegawai JKM yang bertugas di talian di bawah:

03-8882 4666
03-8882 9089

Jika ianya bermanfaat silakan kongsi dan khabarkan kepada mereka memerlukan.

Leave a Reply