Adat-adat Menuntut Ilmu atau Berguru | Adat berguru atau menuntut ilmu ni ramai yang tidak faham dan dilupakan. Ini coretan pendapat saya sahaja, jangan kencam jangan marah saya.
Nak jadi orang yang pandai dalam setiap bidang atau kesemuanya kita wajib menuntut ilmu, ilmu juga tidak datang bergolek seperti rezeki juga. Ilmu harus dicari,dituntut, dipelajari, ada juga 1juta seorang dapat ilmu tiba-tiba mungkin dalam mimpi dan sebagainya, itu rezeki dan kelebihan dia.
Baca ini: Hukum Cukur Bulu Ketika Haid
Adat Menuntut Ilmu
1. Bila nak belajar kita harus cari guru, tiada guru ilmu dan praktikal itu tidak dapat.
2. Jangan guru cari kita, kita cari guru.
3. Hormat guru sepertimana kita hormat kedua ibubapa kita.
4. Sopan tidak tinggikan suara dengan guru ketika menuntut ilmu mahu pun di luar.
5. Hargai guru setiap kali berjumpa beri salam dan berjabat tangan, lebih elok berpeluk seperti saudara mara, haram bagi yang bukan muhrim.
6. Beradat bila berdepan guru seperti bercakap baik, jawab bila di tanya, bertanya bila tidak faham.
7. Ilmu yang baik akan tersemat dengan baik dan jangan disimpan, harus digunakan ke arah kebaikan dan sebarkan agar anda dan guru mendapat pahala berterusan di atas ilmu ini.
Ingat nak mencari ilmu haruslah berusaha dan banyak bersabar, ada bermacam jenis guru.
Akhir sekali kita harusnya menuntut ilmu dengan berusaha dan banyak bersabar, ilmu ini terlalu banyak dan luas, semuanya milik Allah. Jika ia berkehendak maka jadilah jika tidak sebaliknya. Yang buruk itu dari saya yang baik itu dari Allah s.w.t.
Betul tu, kena beradab dan hormat guru InsyaAllah ilmu berkat.
alhamdulillah.. ilmu ni luas.