Doa Mula Belajar dan Doa Penerang Hati

Doa mulakan belajar dan penerang hati

Doa Mula Belajar dan Doa Penerang Hati | Sebagai seorang muslim kita disarankan membaca doa dan beradat ketika ingin belajar dan menimba ilmu. Ilmu amal penting untuk manusia bagi memastikan diri tidak ketinggalan atau tidak menjadi seorang yang tidak berpengetahuan.

Doa Mula Belajar dan Doa Penerang Hati Amat berguna dan penting sebelum memulakan pembelajaran atau menimba ilmu.

Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap umat islam tidak kira lelaki atau wanita miskin atau kaya semuanya mesti menuntut ilmu.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:

“..nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat..”

Apabila anda berilmu, ingatlah makna ayat ini ” Ilmu, Amal, Bakti “.

  • Ilmu – ilmu perlu dicari dan dikejar, tuntutlah ilmu walau sehingga ke negara China. Maknanya belajarlah ilmu walau apa cara sekali pun, carilah ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan negara.
  • Amal – bila berilmu buatlah amal, kongsilah serbalah ilmu dengan baik agar ilmu yang kita ada diberkati dan dirahmati olej Allah. Segala ilmu kita ada semuanya datang dari Allah, jika IA berkehendak apa pun boleh jadi.
  • Bakti – berbaktilah pada diri, keluarga dan negara bila anda berilmu, ilmu yang baik pasti akan bermanfaat pada semua orang.

Doa Mulakan Belajar

Sebelum memulakan belajar atau menimba ilmu mari kita mulakan dengan berdoa agar ilmu diperolehi ini diberkati dan kekal dalam diri kita.

Doa Mula Belajar

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Maksudnya:

“ Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, Wahai Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”.

Doa Sedang Belajar

اَللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا فُتُوْحَ ﭐلعَارِفِيْنَ وَارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّـيْنَ وَإِلْهَامَ ﭐلمَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحمِيِْنَ

Maksudnya:

“ Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami sebagaimana orang-orang yang arif , Kurniakanlah kepada kami kefahaman Nabi-Nabi dan ilham para Malaikat yang hampir dengan-Mu, dengan Rahmat-Mu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. ”

Doa Selepas Belajar

اَللَّهُمَّ إِنِِِّيْ أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلِمْتَنِـيْهِ فَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ وَلاَ تَنْسَنِيـْهِ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Maksudnya:

“ Ya Allah, aku pertaruhkan kepada-Mu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah semula kepadaku jika aku memerlukannya dan janganlah Engkau buat aku melupainya, Wahai Tuhan Yang Sekalian Alam”.

Doa Penerang Hati

Doa penerang hati

Rumi : Robbisyrohlii Sodrii . Wayasirlii Amrii. Wahlul Ukdatammillisaanii. Yafkohuu Koulii.

Maksudnya :

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku”

(Surah Taha : 25,26,27,28)

Baik diamalkan setiap kali keluar rumah, keluar bekerja atau atas urusan-urusan lain yang tidak mengandungi maksiat dan perkara yang dilarang oleh Allah ada didalamnya. Doa ini sesuai juga untuk pelajar dan ianya amat mujarab dan berkesan.

Hadits Menuntut Ilmu

Rasulullah SAW bersabda:

أُطْلُبِ الْعِلْمَ مِنَ الْمَهْدِ إِلَى اللَّحْدِ

Uthlubul ‘ilma minal mahdi ilal lakhdi.

Artinya: “Tuntutlah ilmu dari buaian (bayi) hingga liang lahat.”

Kewajiban mencari ilmu juga dibebankan tiap Muslim sebagaian sabda Rasulullah SAW:

طَلَبُ اْلعِلْمْ فَرِثْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

Tholabul ‘ilmi faridhotan ‘alaa kulli muslimin
“Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap individu muslim.”

Baca ini : Doa Malam Pertama : Doa dan Adat Bersama

Kesimpulan

Kesimpulannya, tuntutlah ilmu walau hanya sebesar zarah, kerana ilmu itu amat berguna dan bermanfaat pada diri, keluarga dan masyarakat. Ilmu juga naikkan martabat anda pada pandangan Allah. Bila kita berilmu orang sekeliling pun akan hormat apatah lagi Allah s.w.t, asalkan ilmu itu ilmu berguna dan bermanfaat apatah lagi ilmu agama. Jom menuntut ilmu dan amalkan doa-doa yang baik seperti doa untuk Doa Mulakan belajar dan penerang hatimula belajar dan doa Terangkan hati.

2 thoughts on “Doa Mula Belajar dan Doa Penerang Hati

Leave a Reply