5 Tempat Menarik Untuk Bercuti Paling Tenang dan Murah | lama sangat kita dalam keadaan PKP dan bermacam-macam pkpb ada, semoga anda semua dilindungi dari jangkitan Covid-19 ini, bila lama sangat terperak dalam rumah apa kata bila boleh rentas Daerah atau Negeri pergi bercuti untuk mencari ketenangan jiwa dan kedamaian hati.
Tidak perlu pergi jauh-jauh dalam Malaysia sahaja. Ramai yang tidak tahu Malaysia memiliki tempat percutian yang menarik dan harganya pun murah, malah tempat-tempat ini seperti di oversea ada tempat lagi cantik dan menarik dari oversea. Tidak pelik ramai pelancong asing datang melancong dan Malaysia menjadi tempat pilihan percutian mereka. Kita duk asyik pandang ke luar, kos tinggi untuk bercuti ke luar negara.
Kali ini saripkay.com ingin senaraikan 5 tempat bercuti yang menarik dan murah untuk anda pergi dan buat pilihan.
5 Tempat Menarik Untuk Bercuti Paling Tenang dan Murah
Jom lihat dan buat pilihan Lima Tempat bercuti terbaik di Malaysia 2021/2022
Pertama – Casabrina Vacation Villas Raub, Pahang
Disini memang menarik, tidak perlu sampai ke Bali, Indonesia. keindahannya seperti mimpi dengan ketenangan dan kedamaian boleh di rasa disni, Casabrina Vacation Villas menjanjikan keselesaan dengan tempat menarik dilimpahi kehijauan flora di Raub, Pahang. Ia merupakan rumah percutian bertaraf 6 Bintang.
Casabrina Vacation Villas di reka bentuk oleh AA Yoka Sara, arkitek terkenal di Bali, setiap bentuk dan sisi di Casabrina Vacation Villas umpama lanskap yang memukau mata memadang.
Yang inginkan ketenangan dari dunia kotaraya boleh pergi ke sini, honeymoon memang digalakkan. Casabrina Vacation Villas menawarkan 2 jenis villa iaitu Villa Aranya dan Villa Amertani.
Terdapat pelbagai kemudahan menarik disini seperti kolam renang, sauna dan tab mandian terrazzo serta banyak lagi.
Telefon: +6016-980 3222
Facebook: Casabrina Vacation Villas
Alamat: Lot 1460, Jalan Tras, Mukim Tras, Raub
Kedua – Chalet Su, Terengganu
Chalet Su di Terengganu terletak 15 minit dari bandaraya Kuala Terengganu adalah tempat yang menarik wajib anda datang kerana tempatnya sudah pasti di tepi pantai dan harga memang buget-buget rakyat marhein macam kita ni, murah.
Chalet Su menyediakan 12 buah bilik penginapan serta sebuah homestay kesemuanya akan menyajikan pemandangan laut dan angin pantai. Untuk kebersihan dan keselesaan memang terbaik, harga mampu bayar tapi tip-top.
Untuk ke Pulau Kapas hanya dalam 10-15 minit sahaja.
Kemudahan yang disediakan di sini antaranya ruang bbq, pantry, tempat meletak kereta dan pondok-pondok rehat.
Apa lagi tengok kalendar set time bersama keluarga. Anda boleh buat booking dan segala urusan dengan pihak Chalet Su.
Telefon: +6017 6797672 / +6012 2394490
Facebook: Chalet Su Terengganu / Chalet Su & Spa
Instagram: chaletsuterengganu
Alamat: Chalet Su, A1545, Kampung Rusila, 21600 Marang, Terengganu
Ketiga – Homestay Rumah Sungai, Perak
Sudah pasti datang kesini dapat releasekan stress anda kerana kesibukan di kotaraya. Ini adalah salah satu tempat baik murah dan memberi kedamaian bersama keluarga untuk bercuti. Dengan sebuah penginapannya yang direka khas dengan kayu berada betul-betul di tempat sungai membuatkan anda rasa damai dan dapat menhirup udara segar dengan floranya yang baik. Sudah pasti ia di beri nama Rumah Sungai.
Disini juga ada aktiviti rekreasi yang menarik seperti berbasikal mengelilingi kampung, bermandi-manda atau memancing di sungai / air terjun, berjungle trekking dan banyak lagi.
Jom bawa keluarga ke sini.
Telefon: +6011 3272 6225
Facebook: Rumah Sungai
Alamat: Kg Kuak Lata Papan, 33400 Lenggong, Perak
Keempat – Farm Ville Cafe & Homestay
Farm Ville Cafe & Homestay dengar cerita ramai juga artis ke sini, cuba google. Farm Ville Cafe & Homestay ia dikenali sebagai Sekinchan Container Hotel penginapan didirikan menggunakan kontena besi dengan pelbagai saiz yang telah direno dan disusun serta dideko dengan kreatif dan cantik sekali. Yang menarik disini anda akan disajikan dengan pemandangan sawah padi di sekeliling kawasan ini. Pandangan sawah padi yang menghijau nan luas buatkan anda rasa ketenangan.
Pihak Pengurusan disini telah menyedikan pelbagai fasiliti yang baik dan menarik antaranya adalah mini golf, trampoline, jakuzi, kolam renang kanak-kanak yang lengkap dengan gelongsor, taman, kawasan bbq, akses wifi percuma dan banyak lagi.
Waktu terbaik untuk bercuti di sini adalah antara bulan Mac – April dan Oktober – November ketika mana padi mula menghijau.
Telefon: +6017 206 8666
Facebook: Farm Ville Cafe & Homestay
Laman Web: farmvillehomestay.com.my
Alamat: 11304, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor
Baca ini: Permohonan Bantuan Warga Emas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 2021
Kelima – Bustel Klebang, Melaka
Ini tempat memang menarik, jika anda tidur disini rasa seperti anda sedang menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman yang jauh disana sehinggakan anda tertidur. Ia adalah bas terpakai di mana mereka telah mendeko dan ubahsuai menjadi tempat penginapan yang menarik dan sesuai untuk menginap.
Ia diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa. Jom ke sana.
Telefon : +6019 741 4113
Facebook : Bustel Klebang
Instagram : Bustel Klebang
Alamat : Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia
Kesimpulannya, di Malaysia banyak lagi tempat menarik yang boleh kita kunjungi dengan keluarga dan sahabat, tidak perlu ke luar negara. Berjimat ketika bercuti adalah perkara yang baik. Semoga bermanfaat.