Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari

Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari

Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari | RAUB – Hasrat satu keluarga membawa kucing kesayangan menerima rawatan berakhir dengan tragedi selepas empat beranak maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 334 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu,Jumaat.

Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari

Kemalangan yang meragut nyawa seorang pesara tentera, Muhamad Fadzli Aming, 45, dari Kampung Jeruas, Sega di sini bersama isterinya Nur Asyitah Abu Samah, 44, dan dua anaknya, Muhammad Iqmal,13, dan Irina Nur Qhalesya,7.

Baca ini: – Dijemput ALLAH Di Kamar Tidur Ketika Sedang Puasa Tanpa Sebarang Tanda – Al-Fatihah

Kucing kesayangan keluarga itu juga mati dalam kejadian itu.

Anak sulung mangsa, Muhamad Haiqal, 21, berkata, keluarganya dalam perjalanan membawa kucing mereka yang cedera selepas bergaduh ke Klinik Haiwan di Bentong.

Menurutnya, dia sempat makan tengah hari bersama keluarga sebelum kejadian dan mengakui suasananya berbeza seperti biasa.

“Kami sekeluarga jarang makan tengah hari bersama kerana ayah sibuk dengan kerja manakala adik-beradik bersekolah dan saya sendiri bekerja di sebuah stesen minyak.

“Semalam (Jumaat) saya tergerak hati balik awal daripada kerja dan sempat makan tengah hari bersama ayah, emak dan tiga adik,” katanya lagi.

Ujarnya, ibu dan ayahnya menunjukkan keceriaan sangat luar biasa dan tidak menyangka ia sebagai tanda hari terakhir ahli keluarganya berkumpul.

Tambahnya, mereka bergerak selepas solat Jumaat dan kira-kira 15 minit kemudian, dia menerima berita mengenai kemalangan berkenaan.

Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari

Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari

Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari

“Saya bergegas menunggang motosikal dan membonceng adik, Muhammad Iqhfal, 8, dalam hujan lebat ke tempat kejadian. Saya terkejut dan tidak percaya,” katanya lagi.

Menurutnya, arwah ayahnya merupakan pesara tentera udara berpangkat Pegawai Waran 11 telah bersara sejak 2018 dan kini bekerja sendiri.

Empat beranak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Balai Sega, Raub, Sabtu.

Tambahnya, dia reda dengan ujian yang menimpanya dan tekad menjaga adiknya menjadi insan berguna.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah…

One thought on “Hasrat Sekeluarga Bawa Kucing Terima Rawatan Tidak Kesampaian dan Sempat Makan Tengahari

Leave a Reply