SOP Majlis Perkahwinan PKPP Terkini dan Kebaikan

SOP Majlis Perkahwinan PKPP Terkini dan Kebaikan

SOP Majlis Perkahwinan PKPP Terkini dan Kebaikan | Sedia maklum, musim pkp, pkpp banyak menjejaskan kta dalam segi perniagaan, pekerjaan, rumahtangga, ada yang sudah ada tarikh dan perancangan untuk kahwin tetapi terpaksa di tangguhkan kerana Covid-19 dan perintah dari kerajaan. Jangan risau Kementerian Perpaduan Negara pada Isnin mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran majlis sosial termasuk kenduri, majlis perkahwinan dan pertunangan. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga boleh mula tersenyum.

SOP Majlis Perkahwinan PKPP Terkini dan Kebaikan


Keputusan ini diketengahkan selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bersetuju penganjuran majlis tersebut boleh dilaksanakan. Benda baik apa nak ditangguhkan.

Bagi kenyataan media kementerian, garis panduan berkenaan telah dikeluarkan sebagai garis panduan untuk para penganjur yang menganjurkan majlis-majlis sosial semasa dalam tempoh Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di antara SOP ypihak penganjur perlu patuh adalah had kapasiti kehadiran pengunjung seramai 250 orang (mengikut saiz ruang majlis) dengan mewajibkan penjarakan sosial dilaksanakan dan tempoh penganjuran yang dibenarkan juga adalah selama tiga hingga lima jam.

Alhamdulillah, bagi yang ingin bina masjid anda boleh bina masjid. SOP boleh digunakan pakai untuk majlis-majlis rumah ibadah.

Terdapat isi kandungan SOP yang lain seperti berikut:

i. Majlis tidak dibenarkan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.
ii. Hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan.
iii. Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.
iv. Tetamu dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis

Intipati SOP seperti di bawah ini.

sop majlis perkahwinan terkini sop majlis perkahwinan
Kebaikan Kahwin Ketika Musim PKPP ialah:-

  • Jimat kos dari segi majlis seperti sewan dewan, catering, khemah dan banyak lagi.
  • anda tidak perlu ternanti-nanti bila berakhirnya musim covid ini. Jika tunggu tak kahwin sampai tua.
  • mengurangkan atau mengelak dari berlakunya banyak maksiat.
  • Emosi anda semakin stabil dan bahagia dengan pasangan.
  • Musim haneymoon di rumah sendiri.

sop majlis perkahwinan terbaru sop majlis perkahwinan dan perkahwinan online

 

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَوْنُهُمُ الْمُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُكَاتَبُ الَّذِي يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ

Maksudnya: Tiga golongan yang Allah SWT menetapkan atas diri-Nya untuk membantu mereka: orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba yang mukatab yang ingin membayar harga tebusannya dan orang yang berkahwin dengan sebab mahu menjaga kehormatan dirinya”

Riwayat al-Tirmidhi (1655), al-Nasa’I (3218)

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي

Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.

Riwayat al-Baihaqi (5486), al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat (7647)

banyak lagi hadis yang cerita tentang perkahwinan.

Semoga perkongsian sop majlis perkahwinan pkpp terkini membantu anda dalam merancang perkahwinan anda. Selamat berbahagia.

Leave a Reply