Punca Bengkak Leher : Tanda dan Rawatan

Punca Bengkak Leher : Tanda dan Rawatan

Punca Bengkak Leher : Tanda dan Rawatan | Siapa ada bengkak leher? atau ada pengalaman? Tahukah anda apa punca? Apakah rawatannya.

Bengkak leher atau bengkak kelenjar leher adalah satu tanda penyakit yang tidak boleh di ambil mudah. Ia boleh menjadi tanda-tanda penyakit berbahaya yang boleh membawa maut, seperti kanser.

Punca Bengkak Leher : Tanda dan Rawatan

Bila dengar perkataan atau ayat KANSER kita akan terkejut dan kebiasaannya kita ingat mati mahu pun kita boleh moral down.

Jom baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui tanda-tanda dan cara rawatan awal.

Apa itu Bengkak Leher atau Bengkak Kelenjar Leher?

Punca Bengkak Leher : Tanda dan Rawatan

Leher bengkak atau bengkak kelenjar di leher adalah salah satu simptom atau tanda bahawa terdapat jangkitan atau penyakit lain dalam badan. Dalam sesetengah kes, pembengkakan kelenjar air liur yang muncul akan reda atau hilang dengan sendirinya.

Jika ketulan atau bengkak ini tidak hilang dalam masa beberapa hari atau bulan, adalah tidak normal untuk anda mengalami bengkak. Oleh itu, disarankan agar anda berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

Punca Bengkak Leher

Berikut merupakan beberapa penyakit yang boleh menyebabkan benjolan atau bengkak pada leher anda berlaku:

  • Radang Tekak:
    • Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Streptococcus dan kerap mengakibatkan sakit tekak.
    • Jaringan tisu dan struktur di sekitar faring atau tekak akan mengalami jangkitan dan keradangan.
  • Kelenjar Tiroid:
    • Kelenjar ini boleh membengkak dan menyebabkan benjolan yang dikenali sebagai goiter.
    • Penyebab goiter termasuk kekurangan iodin, kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau kurang aktif, dan kanser tiroid.
  • Kanser:
    • Bengkak di leher boleh menjadi tanda pertama kanser mulut, tekak, dan pita suara.
    • Kanser darah putih (leukemia), payudara, atau paru-paru juga boleh menyebabkan benjolan di leher.
  • Kelenjar Ludah:
    • Bengkak di leher sebelah kiri atau kanan selalunya berasal dari kelenjar ludah atau parotitis.
    • Jangkitan virus mumps adalah penyebab utama bengkak di sekitar kelenjar ludah.
  • Radang Tonsil:
    • Radang tonsil biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Penyebabnya termasuk jangkitan bakteria atau virus, penurunan imuniti, kekurangan kebersihan diri, kurang minum air, dan kontaminasi zat kimia.
    • Kes radang tonsil yang kerap mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil.
  • Kerengsaan dan Alergi:
    • Kerengsaan akibat geseran antara kulit atau pakaian boleh menyebabkan benjolan di leher. Alergi juga boleh menyebabkan kerengsaan yang berpunca dari makanan, ubatan, suhu dingin, atau bulu binatang tertentu.
  • Kecederaan Otot Leher:
    • Kecederaan atau tortikolis (leher kaku) boleh menyebabkan bengkak di sekitar otot leher.
  • Difteri:
    • Penyakit ini menjangkiti selaput lendir pada hidung dan tekak, menyebabkan bengkak.
  • Abses:
    • Abses yang berpunca dari gigi akibat jangkitan bakteria juga boleh menyebabkan benjolan di leher.
    • Pada awalnya, bengkak ini berlaku di bawah gigi dan gusi, dan jika tidak dirawat, ia boleh merebak ke jaringan bahagian bawah leher.
  • Kista (Cyst):
    • Benjolan ini mengandungi cecair, udara, atau nanah. Walaupun biasanya tidak berbahaya, nasihat doktor harus didapatkan.
  • Limfoma:
    • Limfoma adalah kanser sistem limfatik atau sistem imun tubuh. Terdapat dua jenis limfoma, iaitu limfoma Hodgkin dan non-Hodgkin.
    • Perubahan tidak normal berlaku pada sel-sel limfosit dalam darah. Biopsi pada benjolan diperlukan untuk mengenal pasti penyakit ini.

Sumber: DoctorOnCall

Tanda-tanda Penyakit

Keradangan atau bengkak pada leher biasanya merupakan salah satu tanda pertama yang ditunjukkan oleh tubuh sebagai tindak balas kepada jangkitan. Bergantung kepada punca, pesakit mungkin menunjukkan tanda dan gejala berikut:

  • Hidung berair atau berdarah
  • Sukar bernafas
  • Bengkak di seluruh badan
  • Demam
  • Perubahan berat badan
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Kesukaran Menelan
  • Sakit di Telinga
  • Sakit Tekak
  • Keletihan
  • Batuk
  • Sakit dada

Sumber: CARE Hospital

Cara Rawatan Bengkak Leher

Punca Bengkak Leher : Tanda dan Rawatan

Jika bengkak di leher ini berlaku akibat jangkitan virus, ia biasanya akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.

Walau bagaimanapun, jika ia berterusan atau bengkak semakin teruk, adalah sangat digalakkan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Ini kerana benjolan di leher juga boleh menjadi tanda penyakit yang lebih berbahaya, seperti yang dinyatakan dalam bahagian sebelum ini.

Oleh itu, jika anda pergi ke hospital, pakar akan melakukan ujian diagnostik dan memberi anda rawatan yang sesuai untuk penyakit yang anda alami secepat mungkin.

Punca Bengkak Leher : Tanda dan Rawatan

Semoga perkongsian dapat membantu serba sikit tentang maklumat dan rawatan Sakit Bengkak Leher ini.

 

 

Leave a Reply