Daftar Semak Portal MyASNB Baki dan Penyata Online | Kalau anda salah seorang yang masih belum daftar portal MyASNB, digalakkan untuk daftar secepat mungkin. Ada sebab yang munasabah dan membuatkan kerja anda lebih selesa dan mudah membuat traksasi dan melihat penyata online.
Seperti yang kita sedia maklum, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), yang mana merupakan pengurus dana amanah terbesar di Malaysia, telah pun melancarkan portal MyASNB pada akhir bulan Jun 2017 lalu.
baca ini: Permohonan Tukar Hak Milik Kenderaan Online (MySikap JPJ)
Portal ini adalah untuk digunakan oleh semua pelabur ASNB bagi urusan-urusan tertentu berkaitan 12 dana amanah yang dikendalikan ASNB, seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia dan lain-lain dana yang dikendalikan.
Untuk senarai semua dana amanah yang diuruskan oleh ASNB, boleh rujuk di sini: Dana Amanah ASNB
Jadi, jika anda merupakan pelabur kepada salah satu dana amanah yang dikendalikan oleh ASNB, maka digalakkan untuk daftar portal MyASNB.
Lagipun, segala urusan berkaitan dana amanah ASNB selepas ini tidak lagi akan menggunakan buku akaun pelaburan seperti sekarang, sebaliknya akan menggunakan Kad Pengenalan MyKad sahaja (baca notis di sini)
Maksudnya, jika anda ingin melakukan transaksi pembelian atau penjualan unit pelaburan anda, sama ada di kaunter ASNB atau ejen-ejennya, buku akaun pelaburan tidak lagi akan digunakan, hanya perlu bawa MyKad sahaja.
Malah, mulai 2018, penyata agihan pendapatan, laporan tahunan dan laporan interim bagi semua dana di bawah ASNB tidak lagi akan dihantar secara fizikal, tetapi akan dihantar secara elektronik menerusi emel atau portal MyASNB (baca notis di sini)
Atas sebab itulah, amat penting untuk daftar portal MyASNB supaya dapat melihat penyata akaun pelaburan anda seperti baki, transaksi jual beli, agihan pendapatan, bonus dan maklumat peribadi.
Jadi kesimpulannya, milikilah akaun ASNB dan daftarlah Portal Online MyASNB untuk memudahkan anda dalam mengawal akaun anda dan tidak perlu lagi hadir ke mana-mana bank untuk hanya membuat penambahan atau penyata online. Anda hanya datang ke bank yang terpilih untuk mengeluarkan wang simpanan anda sahaja. Dan seharusnya kita tahu yang ASNB memang tidak menghampakan untuk kita membuat simpanan.
2 thoughts on “Daftar Semak Portal MyASNB Baki dan Penyata Online”