9 Doa Ketika Sujud Terakhir Mengikut Sunnah Rasulullah

9 Doa Ketika Sujud Terakhir Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

9 Doa Ketika Sujud Terakhir Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W | Sujud adalah tempat yang terbaik untuk kita mohon doa kerana ketika sujudlah kita paling dekat dengan ALLAH s.w.t. Jangan kita buat acuh tak acuh ketika sujud, rugi yang amat.

أَقْرَبُ ما يَكونُ العَبْدُ مِن رَبِّهِ، وهو ساجِدٌ، فأكْثِرُوا الدُّعاءَ

Maksud: Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyakkanlah berdoa saat itu.”

(Hadis Riwayat Muslim, no.482)

Sujud adalah salah satu daripada perbuatan dan rukun dalam solat. Tanpa sujud, terlupa lakukan sujud, tidak sah solat yang dilakukan.

Banyak hikmah ketika sujud antaranya

  1. Sentiasa beringat terhadap kedudukan dan taraf di dunia ini
  2. Mendekatkan Diri Kepada Allah
  3. Menyegarkan Otak

Artikel Berkaitan: Doa Qunut Nazilah – Rumi dan Kelebihan

Keistimewaan Sujud menurut Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali menjelaskan kedekatan Allah dan hamba-Nya pada saat sujud sebagaimana keterangan dalam hadist Nabi Muhammad SAW riwayat HR Muslim, Abu Dawud, dan An-Nasa’i. Imam Al-Ghazali mengutip Al-Qur’an dan hadits yang menyebutkan hubungan sujud dan kedekatan Tuhan-hamba-Nya.

Imam Al-Ghazali mengutip Surat Al-Alaq ayat 19 sebagai berikut:

وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب

Artinya, “Sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan),” (Surat Al-Alaq ayat 19).

Imam Al-Ghazali juga mengutip hadits riwayat HR Muslim, Abu Dawud, dan An-Nasa’i sebagai berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Artinya, “Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, ‘Momentum terdekat seorang hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud. Oleh karena itu, perbanyaklah doa saat itu,’” (HR Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i).

9 Doa Ketika Sujud Terakhir ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Doa Pertama

اللهم لك سجدت و بك آمنت و لك أسلمْت سجد وجهي للذي خلقه و صوّره و شّق سمعه و بصره تبارك الله أحسن الخالقين

Maksudnya: Ya Allah, hanya kepada Engkau aku bersujud, hanya kepada Engkau aku beriman dan hanya kepada Engkau aku menyerah diri. Telah sujud wajahku kepada Yang Menciptanya, Yang Membentuknya dan Yang memberikannya pendengaran dan penglihatan. Maha Suci Allah yang merupakan sebaik-baik pencipta.

Doa Kedua

أنَّ رَسولَ اللهِ ﷺ كانَ يقولُ في سُجُودِهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وجِلَّهُ، وأَوَّلَهُ وآخِرَهُ وعَلانِيَتَهُ وسِرَّهُ

Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW berdoa ketika sujudnya, “Wahai Tuhan-ku, ampunkanlah dosaku kesemuanya sama ada yang kecil atau besar, yang di awal dan juga di akhir, serta yang jelas dan yang tersembunyi.”

Doa Ketiga

ٱللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ حُسْنَ ٱلْخَاتِمَة

Allahumma innii as aluka husnal khootimah

Maksudnya : Ya Allah! Aku memohon kepada Mu husnul khotimah

Doa Keempat

ٱللّٰهُمَّ ارْزُقْنِيْ تَوْبَتًا نَصُوْحَا قَبْلَ ٱلْمَوْت

Allahummar zuqnii taubatan nasuuha qoblal maut

Maksudnya: Ya Allah! Berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum mati

Doa Kelima

ٱللّٰهُمَّ يَا مُقَلِّبَ ٱلْقُلُوْبِ ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbii ‘alaa diinika

Maksudnya: Ya Allah! Wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama Mu

Doa Keenam

سُبْحَانَ رَبِّيَ الْأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ

Subhaana robbiyal a’laa wa bihamdih

Maksudnya: Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi dan segala pujian aku kepada Nya

Doa Ketujuh

سُبُّوحٌ قُدُّوسٌ، رَبُّ الْمَلَائِكَةِ وَالرُّوحِ

Subbuuhun qudduusun robbul malaa ikati war ruuh

Maksudnya: Maha Suci, Maha Kudus, Rabbnya Para Malaikat dan Roh

Doa Kelapan

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Subhaa nakallahumma robbanaa wa bihamdika, allahummaghfir lii

Maksudnya: Maha Suci Engkau Ya Allah, Wahai Rabb kami, dan dengan memujiMu, Ya Allah, berilah keampunan bagiku

Doa Kesembilan

اللهُمَّ اغْفِرْ لِي ذَنْبِي كُلَّهُ دِقَّهُ، وَجُلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ وَعَلَانِيَتَهُ وَسِرَّه

Allahummagh firlii dzan bii kullahuu, diqqahuu, wa jullahuu, wa awwa lahuu, wa a-khirohuu, wa ‘alaa niya tahuu wa sirrohuu

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku, yang sekecil-kecilnya dan yang sebesar-besarnya, yang pertama dan yang terakhir, yang terang dan yang tersembunyi

Kesimpulan

9 Doa Ketika Sujud Terakhir Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Sujudlah cara Sujud Rasulullah, ikutilah sunnahNya, InsyaAllah kita melakukan perkara yang betul. Semoga perkongsian Doa dalam sujud terakhir ini bermanfaat pada anda dan masyrakat umat islam.

Leave a Reply