KEDAULATAN NEGARA TERANCAM

TAJUK: KEDAULATAN NEGARA TERANCAM

Assalamualaikum Yang Berkhidmat,

Saya ingin membawa perkara ini kepada perhatian YB.

Perhimpunan World Health Assembly (WHA) yang akan diadakan di Geneva pada Mei 22-28 oleh World Health Organization (WHO) akan membentangkan beberapa pindaan kepada perjanjian International Heatlh Regulations (IHR), 2005. Pindaan ini dicadangkan oleh Amerika Syarikat.

International Health Regulations (2005) adalah sebuah perjanjian yang sedia ada, yang membolehkan WHO dengan kerjasama negara-negara anggota untuk membuat keputusan kesihatan awam yang terbaik berdasarkan situasi negara individu tersebut.

Jika pindaan baharu dipersetujui, ia akan memberi kuasa mutlak kepada WHO dalam membuat keputusan sekiranya berlaku pandemik atau dalam mengisytiharkan pandemik dan mengarahkan langkah yang perlu diambil, tanpa mengira apa-apa maklum balas atau mendapatkan persetujuan daripada negara-negara anggota.

Justeru itu, perintah berkurung zalim (lockdowns) sepertimana yang disaksikan sedang berlaku di Shanghai China boleh menjadi realiti di Malaysia.Ubat dan vaksin syarikat pilihan mereka sahaja boleh diberikan dan sekatan-sekatan atau lain-lain tekanan mungkin dikenakan untuk memaksa negara anggota akur. Pendek kata, negara-negara anggota akan kehilangan autonomi untuk membuat keputusan bagi kebaikan kesihatan awam negara dan rakyatnya sendiri.

Saya ingin menyerlahkan pindaan kepada Artikel 12 secara khusus di pautan bawah, supaya YB sedar akan jenis dan implikasi pindaan-pindaan ini. Pindaan-pindaan ini dalam bentuk ayat-ayat dipotong atau ditambah (fon tebal dan digaris).

https://apps.who.int/gb/ebwha/pdf_files/WHA75/A75_18-en.pdf (pautan pindaan penuh IHR)

Ini hanya salah satu pindaan yang penting. Saya memohon supaya YB meneliti pindaan-pindaan lain yang saya lampirkan juga dengan e-mel ini. Saya menyeru kepada YB supaya membawa perkara ini kepada persidangan parlimen, bagi membahaskannya dan menyampaikan suara dan kebimbangan rakyat tentang isu ini. Ini perlu dibuat demi mempertahankan autonomi dan kedaulatan negara kita Malaysia.

WHO bukan badan yang bebas, kerana dibiayai oleh individu, entiti swasta, syarikat farmaseutikal melalui ‘pintu belakang’ dan pegawai-pegawainya bukan dilantik secara demokratik oleh rakyat. Perkara ini telah dibongkarkan semasa skandal swine flu pada tahun 2009 di mana WHO mengisytiharkan pandemik swine flu demi kepentingan syarikat farma. https://healthcare-in-europe.com/en/news/european-parliament-to-investigate-who-pandemic-scandal.html

Pelbagai bukti-bukti sedang dibongkarkan oleh para peguam dan pakar-pakar tentang matlamat WHO dan pihak-pihak berkepentingan dan agenda disebaliknya. Contohnya, The Bill & Melinda Gates Foundation dan GAVI Alliance kalau digabungkan merupakan penyumbang kedua terbesar kepada WHO.
http://open.who.int/2020-21/contributors/contributor

Saya sebagai pengundi Yang Berkhidmat, memohon agar perkara ini diberikan perhatian serius kerana apa-apa perjanjian yang muktamad akan memberi kesan jangka panjang kepada negara, rakyat dan generasi akan datang.

Kesihatan adalah hak asasi manusia, begitu juga keputusan ke atas kesihatan diri. Isu kesihatan sejak dua tahun ini telah digunakan sebagai alasan untuk menyekat kebebasan dan memijak-mijak hak individu, rakyat dan membelakangkan demokrasi.

Saya memohon supaya YB meneliti perkara ini dengan segera sebelum Menteri Kesihatan berlepas ke Geneva (22 Mei 2022).

Sekian.

Perhatian: Artikel Ini hanya Copy-paste Dari socmed dan admin tidak bertanggungjawab diatas Komen serta ketidakpuasan pembaca. Harap maklum.

Leave a Reply