Semak Pinjaman Gadai Janji – Dia, Di Mana atau Dari Siapa?

Semak Pinjaman Gadai Janji – Dia, Di Mana atau Dari Siapa? | Persoalan demi persoalan bermain di minda anda sekarang, Apakah dia, di mana dan daripada siapa itu semua akan terjawab sekejap lagi. Ramai lagi masih keliru dan tertanya tentang selaian Pinjaman gadai janji seperti maksud auto financing, takaful gadai janji lppsa, gadai tanah untuk beli rumah, polisi pemilikan rumah dan banyak lagi. Ayuh kita lihat dan baca dengan teliti Pinjaman Gadai Janji ini.

Maksud Pinjaman Gadai Janji?

Pinjaman gadai janji atau lebih dikenali dengan “gadai janji” adalah satu bentuk pinjaman yang telah digunakan untuk beli rumah atau lain-lain hartanah yang ada di dunia ini terutama di Malaysia. Jika dilihat dalam sesuatu perjanjian gadai janji, anda (peminjam) akan memberi kepada pemberi pinjaman (biasanya bank) hak ke atas hartanah sehingga anda menjelaskan sepenuhnya segala pembayaran bersama-sama dengan faedahnya sekali.

Pendeknya, bila anda menggunakan gadai janji ini untuk beli sebuah rumah tidak kisah rumah apa, anda sebenarnya telah mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah tersebut. Pinjaman ini telah dijamin oleh rumah yang sama, iaitu rumah anda digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman tersebut. Seadaiannya anda ketinggalan unutk membuat bayaran bulanan, pemberi pinjaman pula ada hak untuk mengambil kembali rumah anda. Faham???

Namun begitu, kebanyakan orang masih bergantung kepada pinjaman gadai janji dalam pembelian rumah mereka (Ramai yang tidak mampu beli rumah bayar ‘cash’).

Dekat mana perlu mohon gadai janji?

Jika anda merancang memiliki hartanah, sebenarnya ada beberapa cara anda boleh mohon dapatkan gadai janji. Contoh anda boleh cari dari broker gadai janji, bank dan persatuan pembinaan. Ada perbezaan yang utama di antara mereka ialah kadar faedah, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman. Dekat sini anda kena betul-betul buat kajian dulu mana lebih baik untuk anda. Jom kita lihat secara lebih dekat:

Dapatkan gadai janji dari bank
Terus berurusan dengan bank merupakan salah satu opsyen pilihan ramai. Pegawai pinjaman biasanya akan membantu anda dalam proses dan prosedur permohonan. Tak caya cubalah.

Pengalaman, yuran tambahan atau komisyen adalah akan lebih rendah bila anda mohon gagai janji ini terus dari bank. Hanya kerana tiada orang tengah atau ketiga untuk kaut keuntungan di antara anda dan bank, kos dapat dikurangkan (kakitangan bank tidak mempunyai insentif untuk mengenakan caj lebih kerana mereka pekerja bergaji yang tak dapat langsung (atau dapat sikit saja) komisyen sekiranya pinjaman anda diluluskan.

Kalau anda punyai rekod kredit yang baik, pendapatan yang baik atau simpanan yang baik akan memudahkan lagi proses pinjaman anda.

Dapatkan gadai janji dari broker gadai janji
Broker ini adalah sebagai orang ketiga atau orang tengah seperti agent-agent hartanah yang ada sekarang ini. Broker akan memainkan peranan sebagai orang tengah untuk memudahkan proses jual beli dan sebagainya. Broker akan mengenakan beberapa syarat tertentu.

Jika anda tiada pilihan dan menggunakan broker, broker yang baik mereka ada kerjasama atau link yang baik dengan pelbagai pihak bank untuk membuat gadai janji ini. Sangat penting untuk kita lihat broker ini adalah broker yang berkualiti yang berpengalaman dalam bidang hartanah ini bagi memudahkan lagi proses yang akan dijalankan nanti. Jika anda salah pilih broker yang kurang berkemampuan dari segi kerja dan kualiti akan melambatkan proses ini.

Sejujurnya, Broker gadai janji juga dapat bantu anda dalam proses membuat permohonan, kadang-kadang lebih mudah memohon melalui broker lagi kerana broker mempunyai jaringan dan hubungan yang lebih baik dengan bank dan lain-lain pemberi pinjaman gadai janji. Ia memainkan peranan penting apatah lagi jika anda mempunyai masalah kewangan atau rekod tidak baik dengan mana-mana bank, ia amat membantu.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat menjelaskan apa yang anda tidak faham.

Leave a Reply