3 warga Bangladesh maut tertimbus tanah | MACHANG – Tiga warga Bangladesh maut dipercayai tertimbus tanah di sebuah tapak projek pembinaan jalan di Pulai Chondong di sini pada Khamis.
Kesemua mangsa yang berumur 30-an itu dikatakan sedang bekerja di tapak pembinaan jalan dari Kampung Joh ke Kampung Kuala Sat.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.